AKTIVITI PENGAJARAN

Aktiviti Pembelajaran ini adalah untuk 1 jam dimana murid-murid dapat mengetahui cara membaca isipadu dengan betul dan dapat membezakan isipadu. Aktiviti ini dibahagikan kepada 2 iaitu untuk aktiviti pengayaan dan untuk aktiviti pemulihan.

Aktiviti Pengayaan :

1.  Sebelum memulakan aktiviti murid diberi satu kertas yang mengandungi pelbagai gambar bekas.

2. Murid diminta mewarnakan gambar yang mempunyai lebihan isipadu
3. Guru dan murid berbincang tentang gambar yang diwarnakan.
4. Guru menunjukkan beberapa bekas kepada murid ( seperti yang ada pada jadual )
5. Guru meminta murid mengisi air dalam bekas-bekas yang ditunjukkan.
6. Murid diminta meneka bekas yang mempunyai isipadu air yang banyak.
7. Dengan bantuan bikar guru menyukar air didalam bekas-bekas yang telah diisi dengan air.
8. Murid mencatat isipadu air yang dibaca oleh guru.
9. Murid membandingkan bacaan tersebut dengan jadual yang mereka warna.
10. Guru menerangkan bahawa isipadu air bergantung kepada saiz bekas.


AKTIVITI PEMULIHAN

1. Murid diberi silinder penyukat yang diisi sedikit air
2. Murid diminta mencatat isipadu air.
3. Murid diminta memasukkan seketul batu ke dalam silinder.
4. Murid memcatat balik isipadu air selepad memasukkan batu
5. Murid mengulangi aktiviti sehingga memasukkan 5 ketul batu.